Bidang Pertanian Tidak Asing Bagi Zulhilmi Terima Ijazah Kelas Pertama | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Bidang Pertanian Tidak Asing Bagi Zulhilmi Terima Ijazah Kelas Pertama

Bidang Pertanian Tidak Asing Bagi Zulhilmi Terima Ijazah Kelas Pertama

Oleh : Helena Pieary Juman

 

 

SERDANG, 6 Disember- Bidang pertanian memang tidak asing bagi Muhammad Zulhilmi Romli, 33, menjadikan beliau menerima ijzah kelas pertama dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-48 Sidang 2 hari ini.

 

Minat ini diteruskan setelah beliau menamatkan Diploma Pertanian di UPM Kampus Bintulu, kemudian melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.

 

Muhammad Zulhilmi kini bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor berhasrat ingin mencurahkan sumbangan dan membawa pembaharuan dalam dunia pertanian ke arah yang lebih baik serta mampan menerusi pendidikan sehingga kini.

 

“Saya berharap dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang saya peroleh semasa melanjutkan pengajian dalam bidang sains pertanian dapat memberi sumbangan kepada sektor pertanian berinovasi baharu.

 

 

“dengan itulah saya bertekad untuk berkecimpung dalam dunia pendidikan yang menjurus kepada pembangunan bidang pertanian khususnya dalam kalangan belia.

 

Tambah pula, bidang pertanian hari ini telah mengalami perubahan revolusi yang melibatkan teknologi yang pesat mampu membantu peningkatan pengeluaran hasil yang amat lumayan, maka wajar sekiranya bidang ini diberikan penekanan,

 

Dalam memastikan cita-citanya direalisasikan sebaik mungkin, dan tidak kecundang ditengah jalan, beliau kini melanjutkan pengajian di peringkat Master dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Date of Input: 06/12/2024 | Updated: 06/12/2024 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
T.2024/12/11:20:53:04~noCache