Redah Kawasan Pedalaman 10KM, Demi Mendidik Anak Bangsa | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Redah Kawasan pedalaman 10KM, Demi Mendidik Anak Bangsa

Redah Kawasan pedalaman 10KM, Demi Mendidik Anak Bangsa

Oleh: Helena Pieary Juman

 

 

SERDANG, 3 Disember- Guru umpama lilin yang menerangi kegelapan. Jasa dan budi mereka tiada tandingnya demi melahirkan generasi yang berilmu, golongan ini sanggup mengorbankan diri demi menerangi jalan hidup anak didik mereka.

 

Justeru, bagi Mike Jonathan John, 28, menabur bakti sebagai guru di kawasan pedalaman mengajarnya tentang besarnya pengorbanan seorang guru yang bertungkus lumus demi kejayaan anak bangsa.

 

Beliau ketika di temubual selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-48 tidak melepaskan peluang berkongsi cerita ketika mengajar di sekolah pedalaman Sekolah Kebangsaan Kuala Serupai, Tatau, Sarawak.

 

“Cabaran mengajar di kawasan pedalaman adalah liputan internet, saya perlu keluar ke kawasan yang mempunyai liputan internet sejauh 10 kilometer dari rumah selepas habis waktu mengajar,

 

“Lokasi yang mempunyai capaian internet kebiasaannya dibawah jambatan Kuala Tatau,

 

Menurut graduan Master Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini juga, pengorbanannya tidak terhenti di situ sahaja, pada waktu malam beliau akan menaiki bangunan sekolah untuk mendapatkan liputan internet demi persiapan pengajaran pada keesokan harinya, katanya

 

 

“Saya mengambil inisiatif lain dengan membeli signal booster bagi menguatkan liputan internet untuk kegunaan mengajar dan belajar pada ketika itu,

 

Beliau yang terkesan ketika mengimbau liku-liku yang dihadapinya sewaktu mengajar di pedalaman, namun itu bukanlah penghalang dirinya untuk meneruskan perjuangan menggalas tanggungjawab sebagai pengajar dan belajar.

 

“Saya sering berpesan kepada anak murid saya agar menjadi seorang yang berpendidikan dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan keluarga,

 

“Walaupun kita datang dari keluarga yang jauh daripada bandar namun pendidikan adalah keutamaan kita untuk mengubah kehidupan keluarga dan diri kita,” katanya.

Date of Input: 03/12/2024 | Updated: 03/12/2024 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
T.2024/12/5:3:59:20~noCache